KUALA LUMPUR, 6 April -- Kerajaan akan meneruskan amalan kewangan berhemat dan disiplin fiskal yang tinggi demi memastikan keadaan kewangan negara terus kukuh dan terkawal, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“InsyaAllah, apabila Parlimen bersidang nanti, kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan untuk semua pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan,” katanya semasa mengumumkan Pakej Prihatin PKS (Tambahan) berjumlah RM10 bilion hari ini.
“Saya memberi jaminan bahawa kerajaan sentiasa telus dalam berbelanja dan semua tindakan yang diambil adalah berasaskan kepada peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Dengan pengumuman ini, keseluruhan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat untuk menangani impak COVID-19 berjumlah RM260 bilion.
Defisit fiskal kerajaan dijangka 4 peratus pada 2020 berbanding 3.2 peratus yang disasarkan sebelum ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial