CYBERJAYA, 13 April -- Individu yang mempunyai rekod data percukaian dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta telah diluluskan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), tetapi masih belum menerima bantuan itu, boleh mengemaskinikan maklumat akaun bank mereka yang aktif.
LHDN dalam kenyataan hari ini berkata, pengemaskinian perlu dibuat selewat-lewatnya pada 30 April melalui pautan pantas https://ez.hasil.gov.my/ci, bagi membolehkan bayaran BPN dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan, pada bulan depan.
"LHDN ingin menasihatkan penerima BPN, untuk hanya menggunakan saluran rasmi LHDN dalam urusan mengemaskini maklumat bank tersebut. Sila ambil perhatian bahawa LHDN tidak akan meminta TAC, bagi tujuan penyaluran BPN.
“Bagi penerima BPN yang tiada rekod percukaian dengan LHDN pula, bayaran akan dibuat seperti yang telah dimaklumkan dalam Soalan Lazim (FAQ) BPN,” menurut kenyataan itu lagi.
FAQ BPN boleh dicapai di portal rasmi BPN atau melalui capaian pantas https://bpn.hasil.gov.my/Download/Faq/SoalanLazim(FAQ)BantuanPrihatinNasional(Kemaskini%2006042020).pdf.
Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh disalurkan kepada LHDN, melalui Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000; HASiL Live Chat; borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; atau akaun Facebook dan Twitter rasmi LHDN.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial