AM

Ampang sasar diisytihar sebagai bandaraya pada 2021 - Zuraida

11/07/2020 09:38 PM

KUALA LUMPUR, 11 Julai  -- Ampang kini menetapkan sasaran untuk diisytihar sebagai sebuah bandaraya menjelang tahun depan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata banyak projek pembangunan sedang dijalankan bagi merealisasi misi tersebut.

"Antara projek yang sedang kita laksanakan adalah untuk buat satu kolam renang, pusat kawalan dan kita alihkan beberapa tempat medan selera, diperkemaskan dan dibersihkan.

"Ini antara usaha yang kita jalankan untuk mengangkatnya sebagai majlis bandar raya, kita sasar 2021," katanya selepas melawat tapak pembangunan di Dataran Belia Kampung Bukit Sungai Puteh, Ampang di sini hari ini.

Terdahulu, Zuraida berkata Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah memenuhi syarat seperti mempunyai jumlah penduduk melebihi 500,000 orang dan mencatat hasil sebanyak RM100 juta.

Ketika ini terdapat 16 bandaraya di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, George Town, Seberang Prai, Ipoh, Petaling Jaya, Shah Alam, Alor Setar, Johor Bahru, Melaka, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu, Miri, Kuching, Iskandar Puteri, Seremban dan Subang Jaya.

Sementara itu, mengulas pembangunan loji sisa kepada tenaga (WTE) di bawah Dasar Kebersihan Negara, beliau berkata setiap negeri akan memiliki sekurang-kurangnya satu loji WTE.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan