SUKAN

KBS lanjut tarikh tutup permohonan Inisiatif Prihatin Sukan 2020

16/07/2020 05:53 PM

KUALA LUMPUR, 16 Julai -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini melanjutkan tarikh tutup permohonan Inisiatif Prihatin Sukan 2020 sehingga 15 Ogos depan dalam usaha membantu penggiat sukan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

KBS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa 248 permohonan diterima sejak inisiatif itu dilancarkan pada 17 Jun lepas dan ia sepatutnya ditutup esok.

Inisiatif itu merangkumi Bantuan Pengurusan Persatuan Sukan Kebangsaan; Bantuan Menjalankan Program dan Aktiviti; dan Bantuan Program Pendigitalan, Pengkomersialan serta Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

Inisiatif itu merupakan langkah proaktif KBS bagi membantu penggiat sukan negara terutamanya dalam kalangan persatuan-persatuan sukan tanah air yang berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) dengan peruntukan RM10 juta.

KBS berharap lanjutan tarikh tutup permohonan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya persatuan-persatuan sukan, seterusnya memberikan sinergi baharu pembangunan sukan pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan