WASHINGTON, 11 Ogos -- Presiden Donald Trump terpaksa diiring ejen Perkhidmatan Rahsia semasa meninggalkan sesi taklimat mengenai COVID-19 yang sedang berlangsung, berikutan insiden tembakan di luar Rumah Putih pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua.
"Ada kejadian tembakan dan seseorang telah dibawa ke hospital. Saya tidak tahu keadaannya," kata Trump.
"Nampaknya keadaan dapat dikawal dengan baik," kata Trump.
Tiada orang lain yang cedera, katanya yang diiringi dan dibawa ke Pejabat Oval.
Seorang pegawai kanan pentadbiran memberitahu CNN kejadian berlaku di luar perkarangan Rumah Putih berhampiran dengan Dataran Lafayette dan suspek kini ditahan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial