PUTRAJAYA, 29 Ogos -- Perbadanan Putrajaya (PPj) merancang menjadikan acara terjunan ekstrem, Putrajaya Base Jump, sebagai antara produk pelancongan sukan di bandar ini.
Presidennya Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata ia selaras dengan hasrat PPj untuk mempromosikan wilayah ini sebagai bandar sukan dan seterusnya sebagai hab sukan ekstrem.
"Bangunan-bangunan di Putrajaya ini amat sesuai untuk kita menganjurkan dan melaksanakan aktiviti sukan lasak seperti ini.
"Pada masa hadapan, kita nak lebih banyak aktiviti sukan dianjurkan di sini, tambahan pula secara purata kira-kira 15,000 hingga 17,000 pelawat berkunjung ke Putrajaya untuk bersukan dan beriadah setiap hujung minggu," katanya kepada media selepas menyaksikan acara terjun tapak di Putrajaya di sini, hari ini.
Seramai tujuh penerjun melakukan aksi terjunan di Jambatan Gantung Monorel di sini, bersempena ulang tahun ke-25 Putrajaya hari ini dan sambutan Hari Kebangsaan ke-63.
Sejurus melakukan aksi terjunan, para peserta menyerahkan Jalur Gemilang dan bendera Jubli Perak Putrajaya kepada Aminuddin untuk dibawa semasa perarakan 88 kuda di sini, esok.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial