KUALA LUMPUR, 19 Sept -- Seorang wanita nyaris maut, selepas kepingan konkrit daripada kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), terjatuh menghempap kereta yang sedang dipandunya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), petang tadi.
Walaupun kereta Proton Saga BLM itu remuk dihempap kepingan konkrit bersaiz satu meter persegi, namun wanita itu terselamat dan hanya cedera di tangan kirinya.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohd Mokhsein Mohamed Zon berkata, kejadian kira-kira 5.45 petang itu berlaku di MRR2 berhampiran sebuah stesen minyak di Bandar Tasik Selatan dari arah Sungai Besi menghala ke Ampang.
“Mangsa berusia 25 tahun yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM itu, diselamatkan orang awam sebelum dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HUKM) dan sedang menerima rawatan di Zon Kuning,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Mohd Mokhsein berkata, kejadian tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas dan kerja-kerja pengalihan serta pembukaan semula lorong itu mengambil masa dua jam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial