AM

Pusat Sains Sarawak dijangka siap sepenuhnya 2024

01/10/2020 08:40 PM

KUCHING, 1 Okt  -- Pusat Sains Sarawak yang dibina dalam usaha meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap sains dan teknologi dijangka siap sepenuhnya pada 2024, kata Pegawai Eksekutif pusat berkenaan Shariman Jamil.

Beliau berkata kerja-kerja pembinaan pusat berkenaan akan bermula tahun depan di kawasan seluas 4.4 hektar di Petra Jaya.

“Kami mensasarkan pengunjung dalam kalangan pelajar dan guru sekolah, tenaga pengajar dan pensyarah di institusi pengajian tinggi dan teknikal, serta penglibatan keluarga dan masyarakat untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran,” katanya.

Beliau ditemui media selepas upacara pecah tanah projek pembinaan pusat berkenaan yang disempurnakan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Terdahulu dalam ucapannya, Abang Johari berkata ke arah Sarawak untuk berkembang maju dan berjaya, generasi muda di negeri itu perlu menguasai serta mampu memanfaatkan teknologi baharu.

“Ini memerlukan asas yang kuat dalam sains dan matematik , bukan sahaja dalam kalangan pelajar tetapi juga masyarakat secara keseluruhannya,” katanya.

Antara kemudahan yang ada di Pusat Sains Sarawak seperti auditorium mini, stesen pemerhatian astronomi, makmal digital, ruang pereka, kawasan permainan, makmal sains, pameran interaktif dan ruang semula jadi.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan