AM

Polis tangkap semula empat tahanan lari, kesan baki tiga lagi

10/10/2020 04:21 PM

TAWAU, 10 Okt -- Polis berjaya menahan semula empat daripada tujuh pendatang haram yang meloloskan diri dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata tiga daripada mereka ditahan semalam, manakala seorang lagi pada 8.15 pagi tadi.

"Kesemua suspek lelaki ini ditahan ketika bersembunyi di lokasi berasingan sekitar daerah ini, iaitu di rumah tidak bernombor di Jalan Bahagia, Taman King Fook dan Batu 5 Jalan Apas serta di ladang sawit di Gudang 4," katanya dalam kenyataan hari ini.

Peter berkata pihaknya sedang memburu baki tiga lagi.

Dalam kejadian 2 pagi kelmarin, 14 tahanan bertindak memanjat pagar belakang PTS Tawau dan melarikan diri, namun tujuh berjaya ditahan semula pada hari sama.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan