AM

COVID-19: Malaysia sedia terima vaksin yang berjaya dibangunkan

12/11/2020 07:29 PM

KUALA LUMPUR, 12 Nov -- Malaysia amat menghargai komitmen China mengutamakan negara ini sebagai penerima dan kini sedia menerima vaksin COVID-19 yang sudah berjaya dibangunkan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Sidang Kemuncak ASEAN-China hari ini berkata, Malaysia percaya penyelidikan dan pembangunan vaksin itu masih menjadi keutamaan Malaysia.

“Kami berterima kasih terhadap sumbangan dan sokongan China terhadap inisiatif darurat kesihatan awam ASEAN. Kami berharap ujian klinikal terhadap vaksin itu dapat segera dilaksana dan menghargai ikrar Presiden Xi Jinping untuk menjadikan pelalian itu sebagai barangan awam global," katanya.

Menerusi sidang secara maya itu, Muhyiddin menegaskan meskipun COVID-19 dianggap sebagai krisis kesihatan umum, ia menjejaskan gaya hidup moden masyarakat, meruntuhkan ekonomi dan memusnahkan jalinan sosial komuniti ASEAN.

"Oleh itu, dalam melaksanakan pemulihan, kita turut perlu menangani isu sosial dan ekonomi.

"Sehubungan itu ASEAN dan China mesti meneruskan rundingan dan kerjasama di semua peringkat dan pada masa sama meneroka peluang baharu yang lebih praktikal, dalam perjuangan kita untuk melakukan pemulihan komprehensif," katanya.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 bermula hari ini sehingga Ahad dan dipengerusikan oleh Vietnam.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan