BERITA COVID–19   Varian Omicron: Thailand pertimbang batal rancangan guna kit ujian pengesanan pantas | COVID: Kes baharu di Sarawak kembali dua digit | Varian Omicron: Jepun sekat ketibaan pelancong asing | Belum jelas varian Omicron mudah berjangkiti, sebabkan gejala lebih teruk - WHO | Kes pertama positif COVID-19 VTL Malaysia-Singapura dikesan - Khairy | 
EKONOMI

Serba Dinamik perkenal pengukur masa nyata pertama untuk COSP

02/12/2020 08:07 PM

KUALA LUMPUR, 2 Dis  -- Serba Dinamik Group Berhad (SDGB), menerusi e-Security & Privacy Channel (ESPC) dengan kerjasama Cyber8Lab dan eSafeKids di Australia akan memperkenalkan pengukur masa nyata pertama untuk membantu negara lebih memahami status keselamatan dalam talian kanak-kanak dikenali sebagai Keselamatan dan Perlindungan Dalam Talian Kanak-kanak (COSP).

Tiga organisasi tersebut, dalam satu kenyataan bersama, memaklumkan bahawa kerjasama itu memberi perhatian penuh kepada aspek literasi digital, kesediaan dan keselamatan dalam kalangan rakyat Malaysia terutama golongan muda, bagi merealisasikan aspirasi digital Malaysia.

Justeru, sesi maya COSP pertama diadakan malam tadi oleh pengasas eSafeKids di Australia Kayelene Kerr dan dikendalikan oleh naib presiden kanan SDGB Cybersecurity Kol (B) Datuk Dr Husin Jazri selaku moderator.

Sesi berkenaan dianjurkan ESPC, dikuasakan oleh SDGB sebagai sebahagian daripada gerakan kerjasama dengan lebih 18 industri dan agensi kerajaan termasuk Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC), TechLab Security, Sistem Rangkaian Komputer dan Komunikasi (SRKK), AustCyber dan Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS).

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan SDGB Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata kanak-kanak pada masa sekarang membesar dengan pendedahan mendalam mengenai dunia digital.

“Perkara yang mereka lakukan di internet dan dengan siapa mereka berinteraksi dalam talian sangat mempengaruhi identiti, kesejahteraan dan perkembangan mereka.

“Penting untuk dilihat pada tahun lepas, syarikat teknologi melaporkan lebih daripada 45 juta gambar dan video dalam talian mengenai kanak-kanak didera secara seksual, lebih dua kali ganda dari tahun sebelumnya yang terdedah kepada satu atau lebih bentuk risiko siber, menyumbang kepada pandemik siber, termasuk buli siber, gangguan permainan, risiko reputasi, kandungan dan hubungan berisiko serta ancaman siber," katanya.

Mohd Abdul Karim berkata melalui usaha itu akan menyediakan pendidikan dalam talian yang berkesan mengenai perlindungan dan langkah pencegahan jenayah siber, penderaan dan salah guna persekitaran siber ke arah mengeksploitasi kanak-kanak dan pengguna internet yang kurang arif di seluruh dunia.

Sementara itu, Kerr berkata sesi maya pertama COSP adalah mengenai ‘Digital Wellness’ yang memberi fokus kepada bagaimana teknologi memberi kesan kepada badan, otak dan kesejahteraan kanak-kanak.

“Pada sesi berkenaan turut membincangkan cadangan perbualan untuk membantu ibu bapa membimbing anak-anak mereka dalam penetapan had masa tontonan dan mengurangkan kesan tontonan terhadap tidur mereka,” katanya.

Kerr berkata pembelajaran dalam talian telah menjadi keperluan sehingga memaksa pihak sekolah dan keluarga membiasakan diri kerana kurikulum sekolah disampaikan menerusi dalam talian di rumah.

“Ia memberi kelebihan kepada anak-anak; pada sama sama, ia juga berisiko. Jika tidak dikawal dengan baik, ia akan memberi kesan mental dan fizikal terhadap mereka, serta  mendedahkan mereka kepada ancaman siber,” katanya.

Kerr adalah salah seorang penyedia bengkel pendidikan Keselamatan Badan, Siber dan Pornografi berpengalaman, yang turut meminati pencegahan penderaan dan eksploitasi kanak-kanak, mempunyai 23 tahun pengalaman dalam kajian dan penguatkuasaan undang-undang, penyiasatan jenayah seksual termasuk jenayah berkaitan teknologi.

Sesi maya kedua COSP bertajuk ‘Online Grooming’ akan diadakan pada 8 malam, 15 Dis dan kepada yang berminat boleh mendaftar di laman web www.espc2go.com/resources/family-resources/

-- BERNAMA

 

 

 


 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan