AM

Abdul Rahman Ahmad Ketua Pengarang Bernama yang baharu

04/12/2020 07:13 PM

KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita) Abdul Rahman Ahmad dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), berkuat kuasa 2 Dis.

Pelantikan itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bernama Datuk Mokhtar Hussain, di sini, petang ini.

Abdul Rahman, 59, menggantikan Mokhtar yang dilantik sebagai CEO Bernama pada Rabu. 

Anak kelahiran Selangor, Abdul Rahman, berkelulusan  Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan) Universiti Teknologi MARA (UiTM), memulakan kerjaya kewartawanan di Bernama pada Ogos 1982 sebagai pemberita kadet dan pernah bertugas di Biro Terengganu sebelum dilantik sebagai Pewarta Melaka pada 1990.

Beliau kemudian dilantik Ketua Pengarang Perkhidmatan Audio Visual (BernamaTV) pada Jun 2018 dan Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita Dalam Negeri) pada 1 Okt 2019.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan