AM

Foto tular dakwa penduduk Pasai Siong ditempatkan di pusat kuarantin palsu

10/01/2021 01:01 PM

SIBU, 10 Jan  -- Laporan berserta foto yang tular mendakwa penduduk Rumah Langi, satu daripada lapan rumah panjang di Pasai Siong yang dikenakan sekatan pergerakan, ditempatkan di pusat kuarantin di Dewan Suarah Sibu adalah berita palsu. 

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak Dr Annuar Rapaee berkata setakat ini hanya penduduk yang positif dimasukkan ke Hospital Sibu, manakala yang lain dikuarantin di kediaman masing-masing.

"Setakat ini belum ada lagi yang ditempatkan di pusat kuarantin," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak menularkan maklumat yang tidak sahih mengenai kes COVID-19 di media sosial kerana boleh menimbulkan kekeliruan dan suasana panik dalam kalangan masyarakat.

Jumaat lepas, pihak berkuasa mengesahkan 37 daripada 74 penduduk rumah panjang itu positif COVID-19 susulan saringan yang dibuat selepas seorang wanita yang baru pulang dari Johor Bahru untuk menghadiri pengebumian mendiang ayahnya disahkan positif jangkitan tersebut. 

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan