KUALA LUMPUR, 4 Feb -- Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan rakannya, Retno Marsudi, sekali lagi mengesahkan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dengan Indonesia semasa lawatan dua hari beliau ke republik itu.
Kenyataan Kementerian Luar hari ini memaklumkan perbincangan antara mereka berlangsung semasa majlis makan tengah hari yang dihoskan Retno bagi melakukan persiapan terakhir sempena pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Presiden Indonesia Joko Widodo esok.
“Mereka membincangkan bagaimana kedua-dua negara boleh terus berganding bahu bagi mengatasi cabaran yang dibawa oleh pandemik COVID-19 dan menggalakkan perbincangan lanjut berkaitan isu kepentingan bersama antara para pegawai kedua-dua pihak,” menurut kenyataan itu.
Hishammuddin kini dalam rangka lawatan ke Jakarta, Indonesia dari 4 hingga 5 Feb sempena kunjungan rasmi oleh Perdana Menteri ke republik itu.
Esok, Hishammuddin akan mengiringi Muhyiddin ke Istana Merdeka, Jakarta untuk lawatan rasmi dan program berkaitan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial