EKONOMI

Naza TTDI ganjar pangsapuri kepada empat atlit pemenang pingat emas Malaysia

06/03/2021 09:43 PM

KUALA LUMPUR, 6 Mac  -- Naza TTDI Sdn Bhd, cabang pembangunan hartanah Naza Corporation Holdings, memberi ganjaran unit pangsapuri SOHO Trio Permai kepada empat pemenang pingat emas Malaysia sebagai penghargaan di atas pencapaian cemerlang mereka. 

Unit tersebut disampaikan kepada tiga atlit paralimpik, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly yang memenangi pingat emas semasa kejohanan Paralimpik Rio 2016, serta pelumba basikal trek negara Azizulhasni Awang -- juga dikenali sebagai “Pocket Rocketman” -- yang memenangi pingat emas semasa Kejohanan Trek Berbasikal Dunia UCI 2017.  

“Kami ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua atlit atas pencapaian mereka memenangi pingat emas. 

“Kami mengagumi dan menghargai usaha dan latihan keras mereka serta disiplin dan ketabahan mereka. Mereka adalah contoh teladan kepada semua rakyat Malaysia dan kami berbangga dengan anda,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Naza TTDI Daniel Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Setiap unit pangsapuri berharga RM350,000 dan kunci diserahkan menerusi satu majlis secara maya yang diadakan pada Rabu.

SOHO Trio Permai yang dimajukan Naza TTDI terletak di Puchong South, Selangor.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan