EKONOMI

Felda beli 467,300 lagi saham FGV daripada pasaran terbuka

12/03/2021 02:41 PM

KUALA LUMPUR, 12 Mac  -- FGV Holdings Bhd (FGV) mengumumkan bahawa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah membeli 467,300 lagi saham FGV pada harga RM1.30 sesaham di pasaran terbuka.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, ia berkata pembelian itu dilakukan berdasarkan tawaran pengambilalihan wajib tanpa syarat oleh Felda untuk memperoleh semua saham FGV yang masih ada.

Menurut laporan media baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Felda, yang telah memiliki 77 peratus kepentingan dalam FGV, hanya memerlukan 13 peratus lagi kepentingan ekuiti dalam kumpulan perladangan itu untuk menyahsenarai ia dari Bursa Malaysia.

Langkah itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk membantu Felda memulihkan dan mengukuhkan kedudukan kewangannya, yang juga akan memberi manfaat kepada peneroka, katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan