AM

Pejabat Kesihatan Terengganu nafi penularan COVID-19 di sekolah

14/03/2021 08:40 PM

KUALA TERENGGANU, 14 Mac  -- Pejabat Kesihatan Terengganu hari ini menafikan satu maklumat yang tular di media sosial, kononnya berlaku penularan pandemik COVID-19 di tujuh sekolah di daerah Dungun.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus pihaknya tidak menerima apa-apa laporan mengenai perkara itu.

"Hentikan penyebaran maklumat tidak benar ini kerana ia hanya akan menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat. Pastikan maklumat yang diperolehi dari sumber sahih sahaja sebelum dikongsi dan disebarkan di media sosial," katanya ketika dihubungi.

Tular di media sosial kononnya berlaku penularan COVID-19 di tujuh sekolah di daerah berkenan yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Paka, SK Paka 2, SK Paka 3, SK Sura, SK Pulau Serai, SK Padang Pulut dan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina Sin Chone, yang dikatakan berpunca dari kakitangan Petronas yang positif wabak itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan