JENAYAH & MAHKAMAH

KONSTABEL PERCUBAAN DIJUMPAI MATI DENGAN KESAN TEMBAKAN DI KEPALA

06/05/2021 11:37 PM

SIBU, 6 Mei  -- Seorang konstabel percubaan dijumpai mati dengan kesan tembakan di bahagian kanan kepalanya di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9 di sini hari ini.

Masih belum dipastikan bagaimana kejadian dipercayai kira-kira pukul 7 malam itu berlaku namun Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail mengesahkan kejadian.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai kejadian menimpa mangsa yang dikatakan berasal dari Pahang itu.

“Kejadian melibatkan anggota yang baru sebulan bertugas di Sibu selepas tamat latihan asas. Siasatan sedang dijalankan oleh IPD Sibu,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan dua anggota lain turut berada di rumah tersebut semasa kejadian.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan