JELI, 22 Mei -- Polis menafikan Empangan Hidroelektrik Pergau yang terletak di daerah ini pecah susulan hujan lebat semalam, seperti yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp sejak pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Jeli DSP Ahmad Arifin berkata pihak pengurusan empangan berkenaan telah memaklumkan bahawa kejadian itu tidak berlaku.
"Tiada setakat ini… kami telah sahkan dengan pihak pengurusan empangan berkenaan. Sekiranya ada kejadian seperti empangan pecah atau air melimpah dan sebagainya, sudah tentu siren amaran akan dibunyikan terlebih dahulu.
"Paras air di Empangan Hidroelektrik Pergau berada pada paras normal walaupun semalam hujan di kawasan itu dan kami hanya mendapat maklumat hanya paras air Sungai Pergau berdekatan empangan itu sedikit naik namun masih pada paras normal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Terdahulu, tular satu mesej menerusi WhatsApp yang mendakwa empangan air itu pecah serta siren amaran telah dibunyikan di kawasan berkenaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial