EKONOMI

KWSP LUPUS 481,000 SAHAM DALAM SERBA DINAMIK, KECILKAN PEGANGAN KEPADA 9.90 PERATUS

10/06/2021 08:59 PM

KUALA LUMPUR, 10 Jun  -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melupuskan lagi 481,000 saham dalam Serba Dinamik Holdings Bhd pada 4 Jun lepas, mengurangkan pegangan sahamnya dalam kumpulan perkhidmatan minyak dan gas itu kepada 9.90 peratus.

Dana itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata sebelum ini ia telah menjual 955, 200 saham miliknya dalam kumpulan itu di pasaran terbuka pada 2 dan 3 Jun lepas. 

Bagaimanapun, KWSP kekal sebagai pemegang saham utama dalam syarikat berkenaan dengan 367, 411 juta saham.

Dilaporkan bahawa dana persaraan amat mengambil berat perkembangan yang berlegar di sekitar Serba Dinamik termasuk isu audit yang dibangkitkan oleh juruauditnya, KPMG. 

Pada penutup hari ini, saham Serba Dinamik naik 2.40 peratus kepada 64 sen dengan 98.18 juta saham bertukar tangan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan