KUALA LUMPUR, 15 Jun -- Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian bagi seluruh negara meningkat kepada 0.94 setakat hari ini berbanding 0.92 semalam, dengan Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan Rt tertinggi iaitu pada 1.05.
Menerusi data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di akaun Twitter beliau, Sabah merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.04 diikuti Negeri Sembilan (1.03) dan Sarawak (1.01).
Kelantan pula merekodkan Rt terendah iaitu 0.76.
Antara negeri lain yang mencatatkan bacaan di bawah satu ialah Kuala Lumpur (0.99), Johor (0.97), Selangor (0.96), Melaka (0.89), Pulau Pinang (0.86), Putrajaya dan Kedah (0.85), Perak (0.84), Pahang (0.82) dan Terengganu (0.80).
Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes COVID-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial