JENAYAH & MAHKAMAH

Video tular dua wanita terjun bangunan video lama - polis

06/07/2021 03:47 PM

KUALA LUMPUR, 6 Julai  -- Polis mengesahkan video yang memaparkan dua wanita bertindak terjun dari sebuah apartment kononnya berlaku di Genting Highlands, Pahang seperti yang tular di media sosial hari ini, adalah video lama.

Supt Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia Supt A. Skandaguru berkata klip video itu telah diulang siar beberapa kali di media sosial sejak 2020 bagi membangkitkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Kejadian itu berlaku di luar negara pada 2017 dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan berita tidak berasas.

"Tindakan berkongsi atau menyebar berita seperti ini akan menimbulkan keresahan dan kebimbangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan