BERITA TERGEMPAR | Malaysia hopes ASEAN-Canada Free Trade Agreement negotiations can be concluded soonest possible for mutual benefit - PM Anwar | |
SEREMBAN, 14 Okt -- Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menyalurkan sejumlah RM70.7 juta bantuan agihan zakat kepada golongan asnaf di negeri itu sejak Januari sehingga bulan lepas.
Pengerusinya Datuk Dr Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir berkata MAINS juga telah meningkatkan jumlah pemberian zakat iaitu minimum RM500 hingga RM800 setiap bulan kepada penerima, mengikut tanggungan ahli keluarga.
“Jumlah pemberian zakat itu ditingkatkan selepas mengambil kira Pendapatan Garis Kemiskinan negara kini diparas RM2,208. Sebelum ini pemberian zakat di negeri ini ditetapkan RM250 setiap isi rumah, tanpa mengira berapa bilangan ahli keluarga.
“Jadi kita lakukan perubahan dengan menaikkan jumlah pemberian zakat RM500 hingga RM800 sebulan kepada penerima, mengikut bilangan tanggungan ahli keluarga,” katanya selepas merasmikan program 'Oktober Bulan Kaunseling' di Menara MAINS di sini hari ini.
MAINS juga menyasarkan kutipan zakat dapat ditingkatkan kepada RM200 juta tahun ini berbanding RM178 juta yang diraih pada tahun lepas.
Sementara itu dalam program hari ini Abdul Aziz berkata MAINS telah mengadakan 1,851 sesi kaunseling bagi tempoh Januari sehingga bulan lepas dengan masalah rumah tangga adalah tertinggi iaitu menerima 400 aduan.
Beliau berkata MAINS mempunyai 17 kaunselor bertauliah di negeri ini bagi membantu golongan yang mempunyai masalah rumah tangga, pengangguran, kerjaya, pelajaram dan peribadi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial