KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Persidangan UMNO cawangan merupakan medan yang tepat bagi ahli di peringkat akar umbi membincangkan agenda memperkukuhkan parti.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak ahli untuk membulatkan tekad agar UMNO sentiasa dipelihara dengan semangat menjunjung kepentingan agama, bangsa dan tanah air.
“Selamat bersidang saya ucapkan kepada semua ahli UMNO cawangan-cawangan di seluruh negara!
“Amalkan norma baharu dan patuhi prosedur operasi standard (SOP) demi memastikan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat di sekeliling kita,” kata Perdana Menteri dalam catatan di Facebook rasminya hari ini.
Persidangan UMNO cawangan berlangsung mulai hari ini sehingga 30 Nov sebelum disusuli Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian pada 11 dan 12 Dis serta Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada 18 Dis depan.
Perhimpunan Agung UMNO 2021 pula dijadual diadakan selama tiga hari bermula 13 Jan tahun hadapan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial