KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) melancarkan rangkaian produk minyak pelincir yang diformulasi secara ekslusif oleh Pertonas bagi kereta jenamanya.
Terdapat empat gred dalam senarai Minyak Pelincir Proton (PGO) iaitu dari PGO 1 ke PGO 4, yang termasuk minyak sintetik penuh, minyak semi-sintetik dan minyak pelincir jenis mineral, yang akan kesemuanya boleh didapati di wakil servis Proton yang sah.
“Kami bekerjasama rapat dengan rakan niaga kami dalam penghasilan formulasi bagi memastikan ia mencapai tahap yang diinginkan oleh kami dan memberikan pelanggan perlindungan enjin untuk model Proton mereka dengan harga yang berpatutan.
“Dengan senarai penuh produk tersebut, keseluruhan rangkaian model dirangkumi termasuk enjin baharu TGDI yang diguna pakai pada kenderaan utiliti sukan (SUV) kami,” Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Roslan Abdullah dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial