AM

APMM Pulau Pinang bantu pindahkan kru kapal warga Turki tidak sedarkan diri

26/10/2021 02:06 PM

GEORGE TOWN, 26 Okt -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang membantu memindahkan seorang kru kapal warga Turki yang tidak sedarkan diri, ketika kapal kargo berkenaan dalam perjalananan ke Pelabuhan Pulau Pinang petang, semalam.

Pengarahnya Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Ankara, Turki pada 5.25 petang memaklumkan seorang kru kapal Kiran Australia tidak sedarkan diri dan memerlukan bantuan untuk menghantar mangsa ke hospital.

"Sebaik menerima maklumat itu, bot APMM iaitu PERKASA 1221 diatur gerak  ke lokasi kecemasan iaitu 33.5 batu nautika barat daya Pulau Kendi bagi memberi bantuan perubatan dan memindahkan kru lelaki tersebut.

"Bot PERKASA 1221 tiba di lokasi pada  6.33 petang dan mangsa Dogan Serafettin, 60, dipindahkan daripada kapal ke bot untuk dibawa ke jeti Polis Marin Batu Uban sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya APMM Pulau Pinang meminta orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan