KUALA LUMPUR, 6 Dis -- Anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Property Bhd, Pixel Valley Sdn Bhd (PVSB) membeli tanah pegangan kekal seluas 1.97 hektar daripada Aspen Vision City Sdn Bhd (AVC) di Pulau Pinang dengan harga RM27.57 juta.
Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata PVSB telah memeterai perjanjian pembelian dan pembangunan dengan AVC susulan cadangan pengambilalihan tersebut.
Kerjaya Prospek Property berkata cadangan pengambilalihan itu akan membolehkan ia menumpukan kepada perniagaan teras pembangunan hartanahnya serta mengembangkan dan mengukuhkan saiz simpanan tanahnya.
“Ia terletak secara strategik di Bandar Cassia, Batu Kawan, Pulau Pinang. Cadangan pembangunan hartanah itu adalah pembangunan bercampur yang merangkumi pangsapuri berperkhidmatan dan beberapa lot komersial/peruncitan,” katanya.
Tanpa mengambil kira keadaan yang tidak dijangka, cadangan pengambilalihan itu dijangka selesai dalam tempoh 90 hari daripada tarikh tidak bersyarat, yang dijangka selesai menjelang Julai 2022.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial