KUALA LUMPUR, 20 Jan -- Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Ladang Felda Kechau 6 dan Ladang Felda Kechau 9 di Mukim Kechau, Lipis, Pahang akan dilaksanakan mulai 22 Jan ini.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan COVID-19 di dua lokaliti terbabit.
Menurut kenyataan menerusi laman Facebook, beliau berkata PKPD di lokaliti itu dijadualkan tamat pada 4 Feb.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial