LARUT, 22 Jan – Kerajaan tiada masalah untuk memberikan sijil kerakyatan jika mempunyai dokumen perkahwinan yang sah di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata ini kerana pemberian sijil taraf kerakyatan perlu dibuat mengikut undang-undang yang sedia ada di negara ini.
“Antara syarat yang ditetapkan undang-undang ialah mempunyai sijil perkahwinan yang sah dan mendaftar perkahwinan di negara ini. Bila kami dapat pengakuan dan dokumen yang sah, barulah kami minta mereka buat beberapa perkara seperti akuan bersumpah sebelum layak diberikan kerakyatan,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Program Kenduri Kampung di Masjid Kampung Tapah, Sungai Bayor dekat Selama hari ini.
Hamzah sebelum ini dilapor berkata siasatan terperinci akan dilakukan berhubung soal taraf kewarganegaraan, Rohana Abdullah yang ditinggalkan ketika berusia dua bulan di sebuah tadika, selepas ibunya pulang ke Indonesia dan pihaknya tidak boleh memberikan kewarganegaraan secara pukal kerana masalah dihadapi seperti yang berlaku kepada Rohana adalah banyak.
Justeru Hamzah mengingatkan semua pihak supaya mematuhi peraturan dan syarat ditetapkan dalam mendapatkan status kewarganegaraan seperti mendaftarkan perkahwinan sebelum berlakunya masalah membabitkan anak-anak mereka kelak.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial