AM

COVID: 9,117 kes baharu hari ini, angka tertinggi bagi 2022

05/02/2022 07:24 PM

KUALA LUMPUR, 5 Feb -- Malaysia hari ini merekodkan 9,117 kes baharu COVID-19 iaitu angka tertinggi bagi tahun ini berbanding 7,234 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 meningkat kepada 2,904,131 setakat 12 tengah hari manakala jumlah pesakit yang pulih daripada jangkitan ialah 2,806,154 orang dengan pertambahan 6,546 individu hari ini.

Beliau berkata daripada jumlah kes baharu itu, 47 adalah kategori tiga, empat dan lima manakala bakinya 9,070 kes lagi dalam kategori satu dan dua.

"Sebanyak 134 kes merupakan kes import dan 8,983 kes tempatan dengan 123 daripadanya memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 67 kes memerlukan bantuan pernafasan,” menurutnya dalam kenyataan harian mengenai situasi semasa jangkitan COVID-19.

Dr Noor Hisham juga berkata sebanyak 10 kluster baharu direkodkan dengan 353 kluster masih aktif setakat ini.

Mengenai kadar kebolehjangkitan (Rt), beliau berkata Rt negara berada pada paras 1.13 setakat semalam dengan Perlis merekodkan nilai tertinggi iaitu 1.33 diikuti Sabah (1.29) dan Kedah (1.19).

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan