AM

Aidi Ismail Pengarah JPJKK baharu

23/02/2022 07:35 PM

KUALA LUMPUR, 23 Feb -- Datuk Aidi Ismail hari ini menerima tugas sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman yang baharu menggantikan  Datuk Ramli Din yang bersara wajib pada 13 Jan lepas.

Datuk Dr Mustafa Khan Abdul Samat yang memangku jawatan itu sebelum ini menyerahkan tugas itu kepada Aidi dalam satu majlis serah terima tugas di Bukit Aman di sini  disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain. 

Turut berlangsung acara serah terima tugas bagi jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) JPJKK oleh Datin Nor Hamiah Abdul Hamid Hasani kepada Datin Raja Asaudat Raja Muda dengan disaksikan oleh Naib Perkep Malaysia Datin Zainah Othman.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan