KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Brahim’s Holdings Bhd (BHB) mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd terhadap penyahsenaraian sekuriti syarikat itu.
Katerer syarikat penerbangan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata pengguguran sekuriti syarikat tersebut daripada senarai rasmi Bursa Securities pada 20 April, 2022, akan ditangguhkan sementara menunggu keputusan daripada Bursa Securities terhadap rayuannya yang dikemukakan dalam kerangka masa (14 April, 2022).
“Pengumuman berhubung keputusan rayuan itu akan dibuat dalam masa terdekat,” kata BHB.
Pada 8 April Bursa Securities menolak permohonan lanjutan masa oleh BHB untuk menyerahkan pelan penyusunan PN17 dan mematuhi peraturan penyenaraian.
Susulan penolakan oleh pengendali bursa saham itu, dagangan saham BHB akan digantung berkuat kuasa 15 April, 2022.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial