EKONOMI

Maybank Investment Bank lancar saluran Telegram 'Trade with Maybank'

22/04/2022 04:45 PM

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Maybank Investment Bank melancarkan saluran Telegram rasmi iaitu ‘Trade with Maybank’ untuk membawa kandungan berkaitan pasaran saham bersaiz kecil kepada komuniti pelabur tepat pada masanya.

Bank pelaburan itu berkata, pelabur dan peniaga boleh mendapat manfaat daripada idea dagangan secara langsung, bahan penyelidikan, analisis teknikal dan asas serta bahagian pendidikan yang disusun khas oleh pakar yang berkaitan di Maybank Investment Bank.

“Pelanggan juga akan menerima jemputan ke webinar dan acara yang dijalankan oleh Maybank Investment Bank serta berita pasaran dan pengumuman seperti penyenaraian waran berstruktur baharu dan tawaran awam permulaan baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pengurusan Pelaburan Azzahir Azhar berkata bank pelaburan itu menyasarkan untuk membawa idea yang boleh diguna pakai berkualiti tinggi kepada pelanggannya dan komuniti pelabur dengan saluran Telegram.

“Sebagai peserta pasaran modal yang bertanggungjawab, kami juga komited untuk mendidik pelabur secara proaktif untuk membantu mereka dalam perjalanan pelaburan mereka,” katanya.

Saluran Telegram itu memperoleh lebih daripada 3,700 pelanggan dalam minggu pertama pelancarannya dan pelabur dialu-alukan untuk menyertai saluran tersebut melalui pautan https://t.me/TradewithMaybank.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan