PUTRAJAYA, 23 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berbuka puasa bersama-sama warga Bera, Pahang di kediaman rasminya di Seri Perdana, di sini.
Majlis dihadiri kira-kira 600 tetamu pelbagai lapisan umur dari Bera.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran 40 anak yatim dan asnaf dari sekitar kawasan Bera.
Ismail Sabri, yang juga Ahli Parlimen Bera, meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama tetamu yang hadir.
Selepas berbuka puasa, beliau menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama tetamu yang hadir.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial