AM

Hantaran tular bantuan suri rumah JKM, palsu

25/04/2022 12:29 AM

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata hantaran  berkenaan “Tarikh Bantuan Raya JKM Mei 2022 - Bantuan Kanak-Kanak, Suri Rumah, Warga Emas” yang tular di media sosial adalah palsu.

JKM melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) hari ini memaklumkan orang ramai disaran merujuk laman sesawang JKM menerusi www.jkm.gov.my untuk mendapatkan maklumat lebih tepat.

Orang ramai juga dinasihat agar tidak mudah mempercayai maklumat palsu sebaliknya menjadi warga digital yang bijak dan bertanggungjawab dengan membuat semakan terlebih dahulu dan merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini, kata kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan