DOHA, 28 Mei (Bernama) -- Jabatan Polis Trafik Qatar telah menjual 50 nombor plat yang mempunyai logo Piala Dunia FIFA Qatar 2022 semasa lelongan dalam talian, dengan nombor termahal dijual pada harga 1.8 juta riyal Qatar (US$495,000), lapor Sputnik.
Menurut jabatan itu pada Jumaat, nombor plat berkenaan akan mula dipasang pada Jun.
Lelongan plat nombor khas kenderaan amat popular di negara-negara Teluk. Lapan tahun lalu, nombor plat "333355" dijual dengan harga 200 juta riyal (US$55 juta).
Pembeli perlu membuat pembayaran dalam masa dua hari, jika gagal mereka akan dikenakan denda dan dilarang membuat lagi pembelian.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial