PUTRAJAYA, 9 Jun (Bernama) -- Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melonjak 20 anak tangga untuk tersenarai pada kedudukan ke-123 universiti terbaik dunia dalam penarafan QS World University Rankings 2023, kata Naib Canselor UPM Profesor Datuk Dr Mohd Roslan Sulaiman.
Beliau berkata kedudukan itu juga menjadikan ia sebagai universiti kedua terbaik di negara ini selepas Universiti Malaya.
Penarafan itu dibuat berdasarkan empat indikator iaitu reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah staf akademik dengan pelajar serta peratus pelajar antarabangsa.
“Indikator pelajar antarabangsa dilihat sebagai kekuatan utama UPM apabila menduduki tempat ke-99 di dunia,” kata Mohd Roslan dalam satu kenyataan berhubung kedudukan ranking terbaharu universiti itu hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial