AM

IADA peruntuk RM90,000 ratakan tanah padi di Gaal, Pasir Puteh

19/06/2022 07:01 PM

PASIR PUTEH, 19 Jun (Bernama) -- Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin Semerak menyediakan peruntukan sebanyak RM90,000 untuk melaksanakan kerja-kerja meratakan tanah seluas 50 hektar di kawasan Gaal, di sini.

Pengarah IADA Rohani Jusoh berkata pihaknya akan menggunakan kaedah laser pengawasan bagi mencapai kualiti yang baik dengan menggunakan teknologi indeks keserataan.

"Seramai 63 petani di kawasan Gaal akan dibekalkan dengan benih padi NMR152 yag melibatkan perolehan input benih berjumlah RM19,845.00.

"Benih padi ini mempunyai keistimewaan daya tahan melawan penyakit dan tidak memerlukan bekalan air yang banyak dan ia sesuai digunakan di kawasan ini yang sering menghadapi kekurangan bekalan air pada musim kemarau," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kempen Peningkatan Hasil Padi IADA, di sini hari ini, yang disempurnakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Mengulas lanjut, Rohani berkata pihaknya menyasarkan hasil pengeluaran padi akan meningkat melebihi dua atau tiga kali ganda berbanding hasil yang diperoleh sekarang. 

"Antara faktor yang mempengaruhi hasil padi di kawasan ini adalah masalah bekalan air yang tidak mencukupi, jadi usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan pengeluaran padi ialah membina tandak air di kampung berkenaan supaya bekalan air sentiasa mencukupi ke petak sawah padi," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan