DUNIA

Amerika Syarikat: 1 daripada 5 orang alami simptom 'Long COVID'  

23/06/2022 01:37 PM

WASHINGTON, 23 Jun (Bernama) -- Hampir satu daripada lima rakyat Amerika yang pernah dijangkiti COVID-19 mengalami simptom berterusan yang dikenali sebagai ‘Long COVID’, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit pada Rabu.

Data Kajian Nadi Isi Rumah, kerjasama antara CDC, Biro Banci dan agensi persekutuan lain, mendapati lebih 40 peratus golongan dewasa di Amerika Syarikat telah dijangkiti COVID-19 dan 19 peratus daripada mereka masih mengalami simptom COVID, lapor United Press International (UPI).

Long COVID telah ditakrifkan sebagai simptom yang berlanjutan sehingga tiga bulan atau lebih selepas dijangkiti virus buat pertama kali dan tidak mengalami sebarang simptom ketika itu.

Data menunjukkan bahawa secara keseluruhannya satu daripada 13 orang dewasa, atau 7.5 peratus, mengalami simptom Long COVID. 

Selain itu, 9.4 peratus wanita dikesan mengalami simptom Long COVID berbanding lelaki hanya sekitar 5.5 peratus.

-- BERNAMA


 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan