BERITA TERGEMPAR | Malaysia hopes ASEAN-Canada Free Trade Agreement negotiations can be concluded soonest possible for mutual benefit - PM Anwar | |
BEIJING, 23 Jun (Bernama) -- Situasi antarabangsa yang mengalami perubahan ketika ini tidak akan mengubah trend keterbukaan dan pembangunan, serta aspirasi untuk bersinergi dalam merungkai cabaran, kata Preseiden China, Xi Jinping.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Fahami Trend Terkini, Bina Masa Depan Lebih Cerah’, secara maya di Forum Industri dan Perniagaan BRICS pada Isnin.
Xi menegaskan bahawa negara-negara BRICS perlu berganding bahu bagi memelihara kedamaian dan kestabilan dunia, memacu pembangunan lestari global, mewujudkan situasi sama menang menerusi kerjasama, di samping memperluas keterbukaan dan keterangkuman.
Beliau berkata China akan berusaha mewujudkan pembangunan berkualiti tinggi dengan berpandukan konsep pembangunan baharu, sambil mempercepat pembentukan paradigma pembangunan baharu.
Jelas Xi, China juga komited mempertingkat tahap keterbukaan, dan terus mengoptimumkan iklim perniagaan yang berorientasikan pasaran, berlandaskan undang-undang serta bersifat antarabangsa.
Beliau menyifatkan mekanisme kerjasama BRICS sebagai wadah penting kepada kerjasama dengan negara pasaran baru muncul dan negara membangun.
Xi berharap bahawa para usahawan dapat terus menyumbang kepada pembangunan yang terbuka, inovatif dan dapat dikongsi, agar lebih banyak hasil pembangunan dapat dinikmati semua rakyat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial