DUNIA

Gempa bumi di Afghanistan, Malaysia rakam ucapan takziah

23/06/2022 05:51 PM

PUTRAJAYA, 23 Jun (Bernama) -- Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada rakyat Afghanistan susulan gempa bumi yang melanda negara ini pada 22 Jun.

Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan wilayah Paktika dan Khost telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dengan ribuan lagi cedera serta kemusnahan harta benda dan infrastruktur awam.

Menurut kenyataan Kementerian Luar pada Khamis rakyat Malaysia bersolidariti dengan rakyat Afghanistan pada waktu yang sukar ini.

“Ingatan tulus ikhlas dan doa rakyat Malaysia adalah bersama-sama rakyat negara itu khususnya kepada mereka yang terkesan dengan bencana ini.

“Kami berdoa kepada Allah SWT agar rakyat Afghanistan diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi musibah yang melanda serta kesembuhan segera bagi mereka yang cedera,” menurut kenyataan itu.

Sekurang-kurangnya 1,000 orang terbunuh manakala 1,500 yang lain cedera dalam gempa bumi itu - yang terburuk pernah melanda Afghanistan sejak dua dekad lalu.

-- BERNAMA


 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan