KYIV, 1 Julai (Bernama) -- Ukraine mula mengeksport bekalan elektrik ke Eropah pada Khamis, kata Perdana Menteri Ukraine Denys Shmyhal.
"Eksport elektrik dari Ukraine ke Eropah sudah bermula," tulis Shmyhal di Telegram, lapor Xinhua.
Shmyhal berkata untuk permulaan, bekalan elektrik disalurkan ke Romania dengan kapasiti sebanyak 100 megawatt.
Ukraine menyasarkan untuk meningkatkan kapasiti aliran elektrik ke Eropah kepada 2.5 gigawatt untuk masa akan datang.
Menurut Shmyhal, Ukraine berpotensi menjana pendapatan lebih 70 bilion hryvnyas (kira-kira US$2.4 bilion) setahun bagi eksport elektrik ke negara Eropah.
Pada Mac, grid elektrik Ukraine telah diselaraskan dengan Rangkaian Pengendali Sistem Penghantaran Elektrik Eropah.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial