AM

Kerjasama UTHM dengan dua universiti di Turkiye perkasakan pendidikan negara

11/07/2022 05:31 PM

BATU PAHAT, 11 Julai (Bernama) -- Kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang termeterai dengan dua universiti di Turkiye, baru-baru ini, dilihat dapat memperkasakan lagi pendidikan negara melalui aktiviti pengantarabangsaan khususnya dalam bidang akademik dan penyelidikan.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTHM Prof Dr Azme Khamis berkata dua universiti itu ialah Istanbul Medipol University (IMU) dan Ankara Medipol University (AMU).

"UTHM akan bekerjasama dengan IMU dan AMU berkaitan aktiviti penyelidikan dalam bidang saintifik dan teknologi, mobiliti staf akademik, staf pentadbiran dan pelajar, perbincangan, simposium serta ceramah saintifik dan teknologi.

“Kerjasama itu turut melibatkan perkongsian serta pertukaran penemuan akademik, penerbitan dan informasi pendidikan, peluang staf AMU menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di UTHM dan lain-lain kerjasama yang akan dipersetujui kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara IMU dan AMU dengan UTHM telah diadakan pada 7 Julai lepas di Presidential Palace, Presidential Complex, Ankara.

Majlis itu disaksikan oleh Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika lawatan Perdana Menteri ke negara berkenaan pada 5 hingga 8 Julai lepas.

-- BERNAMA 

 

g


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan