AM

MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA DIANUGERAH DOKTOR KEHORMAT OLEH UNIVERSITI INDONESIA

15/07/2022 08:13 PM

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

JAKARTA, 15 Julai (Bernama) -- Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menerima anugerah Doktor Kehormatan (Doctor Honoris Causas) dalam pengurusan dan kepimpinan kerajaan sempena ulang tahun ke-68 Universitas Muslim Indonesia (UMI).

Noraini menerima anugerah itu daripada Rektor UMI Prof. Dr. H Basri Modding di kampus UMI di Makassar, Sulawesi Selatan, pada Jumaat.

Anugerah itu diberikan atas peranan dan sumbangan Noraini dalam memajukan sains dan teknologi, pencapaian dalam kepimpinan, kepentingan pembangunan dan manfaat bagi masyarakat Malaysia dan global, menurut Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dalam kenyataan.

Penganugerahan itu menjadikan Noraini sebagai penerima keempat Doktor Kehormatan UMI dan kedua dari Malaysia selepas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman (2021).

Anugerah sama pernah diberikan kepada bekas Naib Presiden Indonesia H. M. Jusuf Kalla pada 2018 serta Naib Presiden Indonesia Maruf Amin (2020).

Turut hadir pada majlis itu ialah Penasihat Pendidikan Kedutaan Malaysia di Jakarta, Mohd Mubarak Shamsuddin.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan