AM

PM ucap tahniah kejayaan Pearly Tan-M Thinaah raih pingat emas ketujuh

08/08/2022 11:45 PM

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada beregu badminton wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah yang berjaya merangkul pingat emas pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England, hari ini.

Kejayaan menghadiahkan pingat emas ketujuh buat kontinjen Malaysia pada hari terakhir temasya diraih selepas pasangan itu mengalahkan beregu dari England, Chloe Birch-Lauren Smith 21-5, 21-8 pada aksi final di Pusat Pameran Nasional (NEC).

"Pingat emas ketujuh Malaysia! Sasaran enam pingat emas tercapai!" kata perdana menteri menerusi catatan di Twitter beliau, malam ini. 

Ismail Sabri juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengurus pasukan, jurulatih, atlet dan seluruh kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel 2022 Birmingham.

Malaysia melengkapkan kempen temasya Komanwel Birmingham dengan mengumpul tujuh emas, lapan perak dan lapan gangsa.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan