BEIJING, 10 Ogos (Bernama) -- "Musim Kehidupan Hijau", aplikasi telefon pintar khusus untuk aktiviti mesra alam pertama di Beijing dilancarkan di sini, pada Rabu.
Aplikasi itu ialah platform utama bagi penduduk Beijing untuk mengambil bahagian dalam usaha mengurangkan pencemaran dan pelepasan karbon.
Setiap individu terlibat akan diberikan 'buku akaun' karbon peribadi serta bakal memperoleh ganjaran selepas melakukan aktiviti hijau dan rendah karbon.
Sebagai platform aktiviti karbon umum di Beijing, aplikasi tersebut terdiri lapan bahagian, termasuk kehidupan hijau, kredit karbon hijau dan perjalanan hijau.
Aktiviti hijau seperti menunggang basikal, menggunakan kereta tenaga baharu, tidak menggunakan peralatan makan pakai buang, dan membeli peralatan rumah jimat elektrik akan direkodkan dan diberikan mata yang kemudian boleh ditukar kepada ganjaran.
Pada masa hadapan, orang ramai juga akan menerima insentif kebajikan awam, perniagaan dan dasar, atau menjadi asas untuk kredit hijau peribadi.
Aplikasi itu membolehkan semua individu mengambil bahagian dalam merealisasikan matlamat sasaran puncak pelepasan karbon dan neutral karbon di bandar Beijing.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial