DUNIA

Mahkamah Australia denda Google US$42.7juta kerana penipuan data peribadi

12/08/2022 06:17 PM

MOSCOW, 12 Ogos (Bernama) -- Mahkamah Persekutuan Australia telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak AU$60 juta (US$42.7 juta) terhadap Google kerana membuat representasi mengelirukan berhubung penggunaan dan pengumpulan data peribadi pengguna, lapor Sputnik, memetik Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) pada Jumaat.

"Mahkamah Persekutuan telah memerintahkan Google LLC membayar penalti sebanyak AU$60 juta kerana membuat representasi mengelirukan kepada pengguna tentang pengumpulan dan penggunaan data peribadi mereka pada telefon Android antara Januari 2017 dan Disember 2018," menurut ACCC dalam satu kenyataan.

Google dilaporkan telah melanggar Undang-undang Pengguna Australia dengan memberi jaminan kepada sesetengah pengguna Android bahawa tetapan "Sejarah Lokasi" merupakan satu-satunya tetapan yang mengumpul dan menggunakan data peribadi berkaitan, sedangkan tetapan lain seperti "Aktiviti Web dan Apl" turut berfungsi mengumpul maklumat yang sama.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan