EKONOMI

Untung bersih Guan Chong meningkat kepada RM44.61 juta pada suku kedua

16/08/2022 03:44 PM

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Guan Chong Bhd (GCB) meningkat 22.6 peratus kepada RM44.61 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2022, daripada RM36.38 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, disokong oleh pemulihan penggunaan coklat global ketika tempoh era selepas pandemik.

Perolehan syarikat pengisar koko keempat terbesar di dunia itu melonjak kepada RM1.19 bilion daripada RM876.22 juta sebelumnya, meningkat sebanyak 36.67 peratus disebabkan oleh peningkatan jumlah jualan mentega koko kerana kelewatan penghantaran sebelum ini telah dihantar keluar pada suku ini.

“Selain itu, harga jualan yang lebih baik bagi pepejal koko juga menyumbang kepada perolehan yang lebih tinggi pada suku ini,” menurutnya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mengenai prospek, ia berkata syarikat telah mengamalkan pendekatan berhati-hati terhadap prospek masa depan dan lebih berwaspada terhadap pelaburan dan rancangan masa depan.

“Syarikat akan memberi tumpuan untuk mengembangkan pasaran coklat industri margin tinggi dan usaha mengoptimumkan pengeluaran mengikut situasi pasaran,” katanya.

-- BERNAMA  

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan