AM

KKM sasar 10 juta rakyat kekal sihat 10 tahun akan datang

16/08/2022 06:50 PM

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan sekurang-kurangnya 10 juta rakyat Malaysia kekal sihat dalam tempoh 10 tahun akan datang dan cadangan itu dimasukkan dalam Kertas Putih Kesihatan yang dijangka dibentang di Parlimen pada Disember ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata cadangan itu antara fokus utama Kertas Putih Kesihatan dari segi kualiti perkhidmatan.

“Jadi tema besar adalah bagaimana kita dapat mewujudkan satu sistem, sistem yang ada kualiti perkhidmatan dan sistem yang ada langkah-langkah pencegahan yang dapat memastikan 10 juta rakyat kita kekal sihat dalam tempoh masa 10 tahun.

“Kita ambil angka tersebut sebab melalui perkiraan kasar kita, sejumlah sejuta rakyat Malaysia jatuh sakit setiap tahun disebabkan penyakit yang sebenarnya dapat dielakkan,” katanya pada sidang media selepas menjadi antara panel sesi Dialog Polisi ‘The Future of Our Healthcare’ sempena Sidang Kemuncak Dasar Kesihatan 2022 di sini hari ini.

Beliau berkata cadangan itu bermaksud 10 juta rakyat Malaysia tidak akan dirujuk ke hospital akibat kencing manis, sakit jantung, hipertensi, kolesterol tinggi dan sebagainya.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan