“Kursus yang ditawarkan tidak mengikut keperluan setempat menyebabkan apabila mereka tamat pengajian nanti, mereka sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kursus yang diambil.
“Sehubungan itu, institusi di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) ini perlu membuat kajian secara menyeluruh sebelum menawarkan kursus di kampus masing-masing,” katanya semasa melakukan lawatan kerja ke kampus baharu Politeknik Besut dekat Bukit Keluang di sini hari ini.
Kampus itu, yang siap Ogos lepas, akan menerima kemasukan 150 pelajar pada awal bulan depan.
Pengarahnya, Mukhtar Bakar berkata kumpulan itu adalah pelajar sedia ada yang sebelum ini melanjutkan pengajian di premis sementara yang beroperasi di Kampung Raja di sini sejak lima tahun lepas.
“Kampus bernilai RM154 juta itu akan meningkatkan pengambilan pelajar baharu kepada 630 orang pada tahun depan dan ditambah sehingga mencapai kapasiti maksimum seramai 1,440 pelajar secara berperingkat.
“Buat masa ini, hanya satu kursus di sini iaitu Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) tetapi mulai tahun depan, dua lagi kursus baharu akan ditawarkan iaitu Diploma Reka Bentuk Kraf dan Diploma Penggayaan Batik,” katanya.
Beliau berkata Politeknik Besut juga telah memohon tiga kursus baharu peringkat diploma untuk ditawarkan di kampus itu yang sesuai dengan keperluan setempat iaitu Teknologi Kejuruteraan Marin (Mekanikal), Pengurusan Hotel serta Pengajian Video dan Filem.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial